Pages

Sunday, October 30, 2011

Pembebasan 1


Seorang gadis sedang berjalan sambil membawa sebakul bunga untuk dijual di tepi jalan raya yang sunyi pada malam itu. Sekali-sekala sebuah dua kenderaan meluncur laju. Gadis yang berambut perang yang diikat tocang itu mengesat peluh yang mengalir.

“Bunga! Bunga!” teriak gadis tadi. Namun, teriakannya itu tidak dipedulikan oleh orang ramai yang lalu lalang di Bandar Fryer. Ada yang sekadar melemparkan jelingan ke arah bakul yang dipenuhi bunga yang bewarna-warni.

Daim sekadar merenung dari jauh. Sudah lama dia memerhatikan gadis itu. Kau mungkin sudah melupakan aku, detik hati Daim. Dia dan gadis itu sudah lama tidak bersua rupa. Lama...

Telefon bimbitnya berbunyi tiba-tiba, sekaligus mematikan angan-angannya. Daim bercakap dengan seseorang, serius nadanya. Sekali-sekala dia mengangguk. Kemudian, dia terus memecut laju dengan motorsikal canggihnya itu, meninggalkan gadis berambut perang itu.

“Fahmi...” tutur gadis itu. “Iera rindukan abang... kalaulah abang ada... Iera tak akan sesusah ini,” tutur Iera perlahan. Dia merenung sebuah istana yang tidak jauh daripada lokasi daripada dia menjual bunga.

“Empayar Razor!” tutur Iera geram.

Empayar Razor merupakan kerajaan yang menaungi Planet Ceratos, tempat yang didiami oleh Iera sekarang. Empayar Razor ialah sebuah kerajaan yang sangat kuat dan diperintah oleh seseorang perempuan yang bernama Ratu Eskerina. Penghuni Ceratos sangat membenci Ratu Eskerina. Ketamakkan perempuan tua itulah yang membuatkan Planet Ceratos seperti hampir nazak.

Tenaga Planet Ceratos yang dipanggil Esperia digali dan disedut oleh Empayar Razor untuk kepentingan mereka dalam peperangan, menjajah seluruh planet di sekeliling mereka. Akibatnya, keadaan Ceratos saling tidak tumpah seperti neraka. Udara menjadi tercemar akibat kilang-kilang galian yang dipanggil reaktor. Di bandar Fryer, terdapat lapan buah reaktor yang di bina.

“Iera...” tutur satu suara. Lamunan Iera tersentak. Pantas gadis itu menoleh dan seorang lelaki yang bertatu di separuh wajahnya, berkepala botak dan berjaket hitam sedang menghampirinya sambil diapit oleh dua orang yang berpakaian serba hitam.

“Jeneral Seraxon!” seru Iera. “Apa yang kau nak daripada aku?”

“Saja singgah. Jual bunga kau sekarang ni ya? Apa khabar arwah suami kau? Si Fahmi tu?” tutur Seraxon sambil tersenyum sinis. Iera sekadar melemparkan renungan tajam. Geram dia melihat lelaki yang bernama Seraxon itu. Berani dia berjumpa dengannya selepas apa yang dilakukan.

“Aku tak kacau kau, jadi sila jangan kacau aku!” marah Iera.

“Aku tak akan berhenti kejar kau!” balas Seraxon.

“Bermimpilah kau botak!” tempik Iera lalu melangkah pergi, meninggalkan Seraxon. Gadis itu melangkah laju sebelum menghilang dari pandangan Seraxon yang masih tersenyum.

“Kau akan jadi miliki aku...” tutur Seraxon. “Apa-apa pun, mana dia dapat bunga tu? Bunga tidak pernah tumbuh di Fryer sejak sepuluh tahun lalu...” Seraxon turut berlalu lalu menghilang ke dalam keretanya. Bandar Fryer ditutupi oleh asap hitam yang telah menghalang cahaya dari bintang Hugo. Asap hitam itu berpunca daripada reaktor yang fungsinya untuk mengali Esperia, sumber tenaga Planet Ceratos demi peperangan bodoh.

***

Kereta api yang membawa pekerja Empayar Razor sedang meluncur laju di atas landasan yang di bina di tengah-tengah Kota Fryer. Landasan itu membawa kereta api itu ke salah satu daripada 8 reaktor yang dibina. Stesen Reaktor 1 sedang menanti tidak jauh daripada lokasi kereta api bergerak tersebut.

Kelihatan dua orang lelaki yang sedang memegang selaras senapang, berpakaian serba merah. Askar Empayar Razor sedang berjaga pada lewat malam itu. Kelihatan salah seorang daripada mereka menguap.

“Bosan kerja ni,” rungut salah seorang daripada askar yang sedang berjaga. Hanya orang yang dibenarkan sahaja boleh menjejakkan kaki ke reaktor. Selalunya mereka merupakan saintis, pekerja Empayar Razor atau askar yang bertugas. Apabila kereta api berhenti di mana-mana stesen reaktor, penumpang akan diperiksa bagi memastikan tiada penceroboh.

“Ratu Eskerina memang paranoid. Macamlah ada yang berani nak jejak kaki ke reaktor,” kata askar itu lagi. Rakannya mengangguk lagi, memilih untuk membisu. Perbualan terhenti sebaik sahaja kereta api berhenti.

Dam! Seorang lelaki gemuk melompat dari atas kereta api itu, kemudian diikuti oleh seorang gadis. Mereka berdua berlari ke arah dua orang askar tadi lalu menghadiahkan beberapa pukulan, membuatkan dua orang askar tadi pengsan.

Kemudian, terjun dua orang lagi dari atas kereta api, kali ini seorang lelaki yang berkulip coklat gelap dan seorang lelaki yang berambut perang, Daim. Mereka berempat saling berkongsi pandangan sebelum tersenyum.

Daim sedang mengusung sebilah pedang yang saiznya amat besar dan kelihatan sangat berat tetapi begitu senang di bawa oleh Daim. Lelaki berkulit gelap itu pula memegang sejenis senjata api yang dipanggil Gatling Gun. Tubuh lelaki berkulit gelap itu agak berketul-ketul dan berotot.

“Perkenalkan, Daim Ahmad. Dia akan membantu kita dalam misi kali ini,” tutur lelaki berkulit gelap itu.

“Dia... parut di lengan dia... dia askar Razor ke Yai?” soal gadis tadi.

Daim sekadar tersenyum. Yai melontarkan renungan ke arah Daim yang berpakaian serba hitam, dengan jaket tidak berlengan yang disarungkan di tubuhnya yang tidak langsung berbaju. Seluar jeans yang dipakai oleh Daim kelihatan lusuh.

“Aku bekas askar,” tutur Daim dingin.

“Jadi, dia di pihak kita ya?” tanya lelaki gemuk itu pula. Yai mengangguk.

“Sekarang bukannya masa untuk kita bersembang macam ni. Kamu semua kena ikut aku, jalan untuk ke reaktor satu sangat berselirat. Hanya orang yang mahir dengan selok belok reaktor ini sahaja yang tidak akan sesat. Apa-apa pun ada ratusan askar Razor di sini. Kita kena hati-hati,” tutur Daim tiba-tiba.

“Berpecah seperti mana yang aku arahkan masa briefing tadi,” kata Yai pula. Mereka berempat berpecah mengikut arah masing-masing. Daim mengekor si gadis dan lelaki gemuk itu masuk ke dalam banggunan reaktor yang tersergam tidak jauh daripada stesen kereta api manakala Yai membawa arahnya sendiri.

Lama mereka berlari sehinggalah tersempak dengan dua orang askar Razor yang sedang berkawal. Namun, kehebatan ilmu pertempuran Daim membuatkan dua orang askar tadi bukan tandingan kepada kepantasan dan kekuatan yang dimiliki oleh Daim. Pedang gergasi yang diusung oleh Daim jelas banyak membantu.

“Kita dah sampai,” tutur si gadis yang bernama Juliana itu. Ada pintu besi yang menghalang jalan mereka. Langkah mereka mati di situ sambil lelaki gemuk yang bernama Arief itu terduduk keletihan sambil bersandar di koridor di dalam reaktor.

“Macam mana sekarang?” tanya Daim.

“Serahkan kepada saya,” tutur Juliana sambil mengenyitkan matanya. Ada komputer di sebelah pintu besi. Kelihatan seperti seseorang perlu memasukkan kata laluan sebelum pintu tadi terbuka.

Tiba-tiba muncul tiga orang askar Razor yag datang entah dari mana, mengejutkan Arief yang spontan berdiri sambil menggengamkan penumbuknya, bersedia untuk bertarung. Daim pula kelihatan sangat luar biasa tenangnya.

“Tolong aku selesaikan mereka sementara aku pecah masuk sistem keselamatan reaktor ni,” tutur Juliana serius. Daim sekadar mengangguk lemah sambil menghentakkan pedang gergasinya ke tanah.

“Menyerah diri atau kamu kami tembak!” arah salah seorang daripada tiga askar Razor itu.

“Serahkan dia pada aku seorang Bob,” tutur Daim tenang. Belum sempat picu senapang askar Razor ditekan, Daim sudah bertindak terlebih awal dengan membelah dada orang yang melotarkan ugutan tadi dengan kepantasan yang bukan milik manusia biasa.

Dua orang askar yang lain melepaskan tembakan tetapi tembakan itu mengenai pedang gergasi Daim. Daim sempat menjadikan pedang yang diperbuat daripada besi yang disalut dengan gangsa itu sebagai pelindung.

Zrashh! Dua orang askar Razor itu tumbang selepas menjadi mangsa pedang Daim. Arief menonton pertempuran tadi dengan perasaan yang penuh teruja.

“Beres!” tutur Daim serentak dengan Juliana.

“Kami patut bersyukur bila adanya kau di pihak kami. Pasukan Dark Eagle pasti akan bertambah kuat nanti bila kau menyertai kami,” tutur Arief yang kelihatan sangat teruja. Daim sekadar menggelengkan kepalanya sebelum berkata.

“Pembetulan, aku bukan di pihak Razor ataupun pasukan pemberontak Dark Eagle kamu. Aku buat kerja ni pun sebab Yai janjikan aku upah yang sangat lumayan, dan kalau misi ini berjaya, aku akan dapat duit itu.”

Arief sekadar melontarkan renungan hampa manakala Juliana menepuk-nepuk bahu Arief, seolah-olah cuba menghalau kesedihan yang bersarang di hati lelaki gemuk itu. Mereka bertiga menerukan perjalan, meneroka ke dalam kawasan reaktor.

Lama mereka berjalan sehinggalah tiba di satu persimpangan, mereka tersempak dengan Yai dan seorang lelaki yang mengikat bandana di kepalanya. Lelaki itu berhidung mancung seperti paruh burung, berdagu runcing dan berjambang nipis.

“Yai dengan Gear!” tegur Juliana.

“Budak ni siapa?” tanya Gear spontan sambil bersalaman dengan Daim.

“Budak mentah yang aku upah. Dia boleh bantu kita,” kata Yai sambil membelek-belek senjata apinya.

“Jaga mulut kau. Aku bukan budak mentah,” pintas Daim bengang.

“Kau muda lagi. Memang budak mentah!” Yai tidak mahu mengalah.

“Budak mentah ini boleh belah badan kau dalam masa sesaat aje kalau dia suka,” tutur Daim yang kelihatan agak bengang dengan sikap Yai yang agak lancang mulutnya. Yai pula merenung tajam, seperti seekor helang yang sedang memerhatikan mangsanya.

“Dah-dah, kamu berdua. Cukup, jangan bergaduh lagi. Yang penting kita kena pergi ke bahagian teras reaktor ni. Kita pasang bom dan selesaikan tugas kita!” pintas Juliana apabila merasakan bahawa Yai dan Daim akan bertarung antara satu sama lain. Yai dan Daim menarik muka selepas ditegur oleh Juliana.

“Aku tak tahu apa yang Zafirah nampak kat budak ni,” gerutu Yai sendirian. “Kalau tak kerana Zafirah, aku tak akan upah budak ni.”

***

Pasukan pemberontak Dark Eagle yang diketuai oleh Yai terkepung bersama seorang lelaki berambut perang yang merupakan seorang bekas askar yang telah diupah untuk menjayakan misi itu bersama mereka.

“Macam mana mereka tahu yang kita ada kat sini?” soal Arief gusar. Lampu merah sudah dinyalakan sebagai peringatan kepada penghuni reaktor 1 bahawa terdapat penceroboh di dalamnya. Kelihatan belasan orang askar yang lengkap beruniform Razor yang serba merah sedang mengelilingi mereka.

“13 orang,” tutur Daim perlahan. Yai pula tidak langsung mengalihkan pandangannya daripada melekat di wajah Daim.

“Serah diri atau kamu kami tembak!” arah askar yang mengepung mereka.

“Aku tak akan lepaskan kau pengintip!” tutur Yai geram lalu melepaskan tembakan tanpa henti mengenai askar yang mengelilingi mereka. Daim dan Gear pula mengambil kesempatan itu dengan menyerang askar-askar yang lain sepantas kilat.

“Aku bukan pengintip!” tutur Daim sebaik sahaja menghabiskan musuh yang terakhir dengan pedang gergasinya. Yai menghampirinya lalu menghadiahkan sebuah tumbukan mengenai pipi Daim lalu membuatkan jejaka itu tersungkur.

“Demi tuhan yang aku bersumpah bahawa aku bukan pengintip Razor. Untuk apa aku jadi tali barut kepada orang yang telah mengkhianati aku? Kau pun tahu sejarah silam aku kan? Ain Zafirah tak cerita pada kau ke?” tempik Daim bengang sambil mengesat darah merah yang mengalir dari bibirnya.

Yai mati kata-kata. Persengeketaan itu tidak berpanjangan apabila mereka dihampiri oleh belasan askar Razor buat kali kedua. Kali ini, Yai dan Daim sudah bersedia untuk bertarung sebelum dihalang oleh Gear.

“Aku, Arief dengan Juliana sudah cukup untuk selesaikan mereka semua. Kau dengan Yai teruskan perjalanan ke bahagian teras. Pasang bom yang aku cipta untuk letupkan reaktor ni!” tutur Gear sambil menyentuh lembut bahu Daim. Selepas masing-masing berbalas renungan, akhirnya Daim mengalah sambil tersenyum.

“Sekarang bukan masa untuk bersandiwara. Mari pergi!” tutur Yai mendahului Daim menghilang daripada situ. Arief dan Juliana telah membuka jalan untuk dua orang bakal hero itu meneruskan perjuangan mereka, Yai dan Daim.

Friday, October 28, 2011

Chronicle Zaman Naga: Permata Matahari 1


Jika kalian hidup pada zaman itu, nama seperti Exathus, Persiana dan Cloudyst pasti bukanlah sesuatu yang asing. Pemilik nama itu ialah tiga kerajaan terkuat pada zaman naga. Zaman di mana naga bertaburan di atas muka bumi ini.
            Exathus ialah yang terkuat. Sejarah yang dilalui oleh Exathus merupakan sebuah epik yang amat panjang. Andai dihimpunkan seribu buah buku, setebal seribu halaman pun belum tentu mampu untuk memuatkan sejarah Exathus yang sungguh mengasyikkan.  
            Putera Ryan Alhazred, merupakan salah satu daripada epik yang panjang itu. Maka, di sini izinkanlah aku untuk bercerita hanya secebis kisah Exathus, yang mungkin paling diingati antara semua. Kisah bagaimana seorang putera mentah dan manja berubah menjadi pemimpin sebuah pasukan yang kemudiannya mencatat sejarah sebagai pasukan pemberontak terbesar dalam sejarah Exathus...
***
            Matahari sudah lama bertenggek di sudut alam, memancarkan cahayanya yang oren menerangi bumi. Sebuah istana yang bersalut emas tersergam indah di tengah-tengah tasik gergasi yang sangat luas. Istana itu diberi nama Mahligai Emas, milik sebuah empayar yang melitupi satu pertiga dunia, Exathus.
            Empayar itu diperintah oleh seorang maharaja yang sangat penyayang dan seorang permasuhri yang tegas. Kedua-dua pasangan ini telah menjadikan Dinasti Alhazred zaman keemasan kepada kehebatan Exathus.
            Di dalam sebuah singgahsana yang terletak di dalam Mahligai Emas, bersemayam Raja Alexander Alhazred dan isterinya Ratu Inoue. Berkerut dahi Raja Alexander mendengarkan penjelasan seorang utusan yang datangnya dari sebuah wilayah yang terletak di dalam empayar Exathus, Tasik Toraca.
            “Sampaikan kepada Gabenor Nazrin yang beta akan usahakan cara terbaik untuk selesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh Erasiol,” gumam Raja Alexander. Lelaki itu berambut putih uban. Manakala wajahnya berjambang. Mata hijaunya menoleh ke arah isterinya yang hanya membisu.
            “Apa pendapat adinda?” soal Raja Alexander. Wajah jelita isterinya itu ditatap penuh makna oleh Raja Alexander, bagi mendapatkan kepastian isterinya itu.
            Ratu Inoue yang sudah mencecah umur 50 tahun itu tidak langsung kelihatan tua. Wajahnya yang jelita itu membuatkan Ratu Inoue kelihatan awet muda. Sesiapa yang tidak mengenalinya, pasti menyangka Ratu Inoue baru sahaja berumur dalam lingkungan 30-an.
            “Kanda, dinda merasakan agar kita menghantar jeneral terbaik kita untuk menghalang serangan daripada utara Erasiol. Puak berkuda nomad Yamu itu harus dihalang daripada menjarah Erasiol,” balas Ratu Inoue sambil menundukkan wajahnya.
            Raja Alexander tersenyum mendengarkan jawapan isterinya itu. Ratu Inoue bukan sahaja jelita malah memiliki kebijaksanaan yang sangat mengangumkan. Sifat penyayang dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh kedua-dua pasangan itulah yang telah membuatkan Empayar Exathus sedang mengalami zaman keemasannya.
            “Dinda mencadangkan agar anakanda kita, Putera Ryan untuk turut mengikuti ekpedisi ke Erasiol,” tambah Ratu Inoue lagi. Kali ini, Raja Alexander berkerut dahi mendengarkan jawapan isteri tersayangnya itu.
            “Kenapa?” soal Raja Alexander pendek.
            Kali ini, senyuman terukir pula di wajah awet muda Ratu Inoue.
            “Ini ialah peluang keemasan untuk mengubah anakanda. Dia pasti akan belajar banyak perkara daripada ekpedisi ini. Tak lama lagi, dia akan menjadi pemerintah kepada sebuah empayar yang sangat luas. Untuk mengekalkan kegemilangan Exathus ini, kita memerlukan seorang pemimpin yang hebat. Oleh itu, pada usia muda inilah kita harus membimbing Ryan, seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.”
            Raja Alexander terdiam mendengarkan penjelasan panjang lebar daripada isterinya itu. Pandangan penuh bermakna dilontarkan ke arah Ratu Inoue. Perasaan sayangnya semakin bertimbun untuk wanita itu.
***
            “Ryan Alhazred!” teriak satu suara dari luar bilik Ryan.
            Ryan yang sedang lena tidur terkebil-kebil membuka matanya. Dia merasakan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi. Dia kemudian merenung jam pasir yang terletak di sebelah katilnya, berdiri bisu di atas sebuah meja.
            “Alamak! Dah tengah harilah,” gumam Ryan perlahan.
            Pintu biliknya terbuka dan seorang gadis yang berambut hitam pekat sehingga paras pinggang, berpakaian tradisional penduduk Exathus sedang berdiri sambil bercekak pinggang, merenung tajam ke arah Ryan yang hanya berseluar pendek. Terserlah tubuh sasa Ryan.
            “Kakak!” pekik Ryan bengang. Sehelai jubah yang terdampar di atas lantai diambil oleh Ryan lalu menutup sebahagian daripada tubuhnya.
            “Nak malu apanya kau ni? Aku ni kan kakak kau?” marah gadis ayu itu. Matanya berwarna hijau, persis ayahnya, Raja Alexander. Tangan Ryan ditarik oleh gadis itu membuatkan Ryan terpaksa meninggalkan katil empuknya.
            “Apa ni kakak?” bengkeng Ryan bengang.
            “Kau lupa sesuatu. Kesian Erica yang tunggu kau,” balas gadis itu. Kali ini dia tidak lagi memekik seperti tadi, kemarahan kelhatan reda sedikit.
            Lupa? Aku lupa apa ya?
            Berkerut dahi Ryan cuba mengingatkan sesuatu... dan...
            “Alamak!” tutur Ryan sambil meleraikan pegangan tangannya. Berbekas pergelengan tangan Ryan dibuatnya. Bayangan wajah seorang gadis yang berambut perang keemasan sednag bermain-main di layar mindanya.
            “Kau janji dengan Erica yang kau akan temankan dia pergi berburu. Penat dia menunggu kau kat dewan utama,” ujar gadis itu lagi.
            “Ryan tahulah wahai cik Leen,” jawab Ryan sambil tersengih bododh. Dia kemudian menolak Leen meninggalkan biliknya itu. “Ryan nak mandi dulu.” Kemudian, pintu bilik itu dihempas tepat di bawah batang hidung Leen.
            “Kurang ajar punya budak kecil,” gumam Leen perlahan, sambil tersenyum kecil. Perangai kebudak-budakan adik lelakinya itu masih tidak berubah. Kemudian, Leen melangkah pergi meninggalkan koridor di hadapan bilik Ryan yang dijaga oleh dua orang askar.
***
            Ryan melangkah penuh cekal meredah koridor Mahligai Emas. Sapaan askar yag bertugas disambut dengan lambaian tangan oleh Ryan. Dia tiada masa untuk semua itu. Perasaan simpati dan bersalah menjalar dalam urat sarafnya. Bagaiamanalah dia boleh terlupa nak temankan Erica berburu...
            Langkah kaki Ryan mati sebaik sahaja wajah Erica menjamah pandangan matanya. Gadis itu tertidur di dewan utama, yang menempatkan pintu gerbang yang merupakan laluan utama keluar dan masuk ke Mahligai Emas.
            Senyuman terukir di wajah Ryan. Dia menghampiri Erica lalu duduk bercangkung, bagi membolehkan dia mengamati wajah Erica.
            “Erica...” tutur Ryan sambil menyelak rambut emas Erica yang menutupi wajah. “Awak memang comel...” Kemudian, Erica tersenyum dalam tidurnya lantas membuahkan ketawa Ryan.
            Tiba-tiba terlintas satu idea nakal di benak Ryan. Senyumannya pudar digantikan dengan sengihan jahat. Sambil membetulkan pedang gergasi yang diusung di belakang tubuhnya, Ryan berdiri dan...
            “Oh mak kau,” lafaz Erica apabila Ryan menyergahnya. Spontan tubuh Ryan dirangkul oleh Erica. Ryan tergamam dengan apa yang berlaku, wajah tampannya kemerah-merahan. Lama mereka berada di dalam posisi tersebut sehinggalah Erica menyedari tingkah lakunya.
            “Maaf,” tutur Erica sambil tersipu-sipu malu.
            Ryan sekadar membisu, sambil merenung wajah Erica.
            Sejak bila kau secantik ini Erica?
            “Ryan?” panggil Erica sambil memetik jarinya. Ryan pantas menggelengkan kepalanya sambil menghalau angan-angan yang menganggu konsentrasinya itu.
            “Dah lama ke awak tidur?” soal Ryan, prihatin. Erica sekadar mengangguk pendek. Pandangan mata Ryan sekarang benar-benar menusuk matanya. Berani jejaka itu bertentang mata dengannya.
            “Maaf ya?” tutur Ryan lagi.
            “Tak apa. Untuk Ryan, saya sanggup tunggu sampai esok pagi,” balas Erica spontan lantas menimbulkan riak aneh pada wajah Ryan. Wajah comel milik Erica ditenungnya Ryan seolah-olah Ryan sedang mencari garisan kedut.
            “Awak perli saya ya?” tanya Ryan sambil mendekatkan wajhanya dengan wajah Erica membuatkan jantung Erica berdegup kencang.
            “Tak..tak.. saya tak...” tergagap-gagap Erica membalasnya. Wajah Ryan hanya seinci berjarak dengan dirinya. Kemudian, Ryan berpaling sambil ketawa terbahak-bahak. Perbuatan Ryan itu menimbulkan perasaan pelik di dada Erica.
            “Kenapa gelak?” tanya Erica.
            “Awak comel masa gelak tu,” tutur Ryan. “Suka saya tengok.”
            Kali ini wajah Erica pula yang merona merah. Dia yang sedang duduk di atas sebuah kerusi mengamati susik tubuh Ryan yang sedang berdiri membelakangkannya. Kemudian, Ryan berpaling menghadapnya. Senyuman masih melekat pada wajah tampan itu.
            “Kalau sebelum ini, Erica yang asyik melindungi Ryan. Sekarang, biar Ryan melindungi Erica pula masa berburu nanti. Macam mana?” ujar Ryan sambil menghulurkan jari kelingkingnya, menunggu untuk disambut oleh Erica.
            “Err... kita nak pergi sekarang ke?” tanya Erica. Ryan mengangguk.
            “Hanya kita berdua. Ryan dah dapatkan kebenaran bonda dan ayahanda. Mereka tak ada masalah untuk membenarkan Ryan keluar dari istana selagi ada Erica di sisi,” ujar Ryan lagi.
            Kata-kata yang diungkapkan oleh Ryan benar-benar membuatkan Erica, gadis yang merupakan pelindung kepada darah diraja Exathus itu tidak senang duduk. Jujur, sejak ditugaskan untuk menjaga Ryan dia semakin jatuh hati. Sikap kebudak-budakan Ryan pasti akan bertukar menjadi seorang lelaki yang lagaknya seperti casanova acap kali bertemu mana-mana gadis jelita itulah yang telah mencuri hatinya.
            “Mari pergi?” ajak Erica.
            Ryan menundukkan dirinya, ketika Erica bangkit untuk berdiri. Kemudian, mereka berdua berjalan meninggalkan istana mewah yang diberi nama Mahligai Emas itu. Lokasi yang dituju ialah Royal Hunter Craft yang merupakan lokasi pemburuan khas untuk bangsawan-bangsawan dan keluarga diraja Exathus.

Tuesday, October 25, 2011

Karya Saga Fantasi

Blog Karya Fantasi mempertaruhkan dua buah karya iaitu Pembebasan dan Chronicle Zaman Naga untuk menarik pengunjung. 


Planet Razor merupakan rumah bagi manusia yang telah melarikan diri daripada bumi yang tidak lagi sesuai didiami oleh manusia. Ini terjadi gara-gara manusia yang terlalu tamak mengejar material sehingga mengabaikan penjagaan bumi. Akibatnya, bumi saling tidak tumpah seperti neraka. Operasi mencari planet yang sesuai didiami oleh manusia dijalankan dan Planet Razor telah dijumpai... jutaan kilometer jauhnya dari Bumi.


  Namun, manusia kembali mengulangi kesilapan yang sama. Selepas menduduki Planet Razor, manusia mula membina kuasa. Daripada sebuah kerajaan yang kecil, akhirnya lahirnya sebuah empayar yang memerintah ratusan planet. Untuk membiayai kempen peperangan manusia, tenaga asli Planet Razor yang dipanggil Esperia digali tanpa sempadan. Planet Razor secara perlahan-lahan, bertukar seperti bumi... sedang nazak...


  Maka lahirlah sebuah pasukan pemberontak, yang misi mereka untuk menjaga Planet Razor daripada pencemaran. Dark Eagle merancang, untuk menumbangkan sebuah empayar....






  Sepuluh ribu tahun sebelum bermulanya zaman ais, banyak tamadun dan kerajaan yang bertaburan di serata dunia. Exathus ialah salah satu daripada kerajaan yang ada. Zaman itu digelar zaman naga, zaman di mana naga-naga masih hidup dan bermaharajalela di atas muka bumi ini.


  Kisah ini mengisahkan Putera Ryan, cebisan sejarah Exathus yang sangat hebat. Bagaimana seorang putera mentah berubah menjadi seorang pemimpin pasukan pemberontak dalam sejarah Exathus, untuk menuntut bela di atas apa yang menimpa keluarganya dan merampas Exathus daripada tangan musuh.


  Pengembaraan epik yang paling hebat dalam sejarah Exathus berlaku. Jantung Medussa, Makam Yang Dilupakan, perang-perang yang sungguh mengasyikkan hanyalah sebahagian daripada epik Chronicle Zaman Naga: Permata Matahari.