Pages

Tuesday, October 25, 2011

Karya Saga Fantasi

Blog Karya Fantasi mempertaruhkan dua buah karya iaitu Pembebasan dan Chronicle Zaman Naga untuk menarik pengunjung. 


Planet Razor merupakan rumah bagi manusia yang telah melarikan diri daripada bumi yang tidak lagi sesuai didiami oleh manusia. Ini terjadi gara-gara manusia yang terlalu tamak mengejar material sehingga mengabaikan penjagaan bumi. Akibatnya, bumi saling tidak tumpah seperti neraka. Operasi mencari planet yang sesuai didiami oleh manusia dijalankan dan Planet Razor telah dijumpai... jutaan kilometer jauhnya dari Bumi.


  Namun, manusia kembali mengulangi kesilapan yang sama. Selepas menduduki Planet Razor, manusia mula membina kuasa. Daripada sebuah kerajaan yang kecil, akhirnya lahirnya sebuah empayar yang memerintah ratusan planet. Untuk membiayai kempen peperangan manusia, tenaga asli Planet Razor yang dipanggil Esperia digali tanpa sempadan. Planet Razor secara perlahan-lahan, bertukar seperti bumi... sedang nazak...


  Maka lahirlah sebuah pasukan pemberontak, yang misi mereka untuk menjaga Planet Razor daripada pencemaran. Dark Eagle merancang, untuk menumbangkan sebuah empayar....






  Sepuluh ribu tahun sebelum bermulanya zaman ais, banyak tamadun dan kerajaan yang bertaburan di serata dunia. Exathus ialah salah satu daripada kerajaan yang ada. Zaman itu digelar zaman naga, zaman di mana naga-naga masih hidup dan bermaharajalela di atas muka bumi ini.


  Kisah ini mengisahkan Putera Ryan, cebisan sejarah Exathus yang sangat hebat. Bagaimana seorang putera mentah berubah menjadi seorang pemimpin pasukan pemberontak dalam sejarah Exathus, untuk menuntut bela di atas apa yang menimpa keluarganya dan merampas Exathus daripada tangan musuh.


  Pengembaraan epik yang paling hebat dalam sejarah Exathus berlaku. Jantung Medussa, Makam Yang Dilupakan, perang-perang yang sungguh mengasyikkan hanyalah sebahagian daripada epik Chronicle Zaman Naga: Permata Matahari.

No comments:

Post a Comment